like

Sang Pemimpi

Isnin, 11 Mac 2013

Belum Kutahu



          Wanita yang menghidangkan air terus berlalu setelah tugasnya selesai. Namun mata Izwan tetap terarah kepada wanita itu sehingga bayangnya menghilang memasuki salah sebuah bilik.

          "Macam mana perempuan itu boleh ada dalam rumah kau?" tanpa menghiraukan perasaan 'perempuan itu' yang dia maksudkan, Izwan bertanya dengan suara nyaring dan keras.

          "Dia isteri aku," jawab Amal selamba.

           "What? Isteri? Kau dah gila? Perempuan macam tu kau jadikan isteri?"

          Amal hanya tersenyum. Inilah kejutan yang dia ingin beritahu kepada Izwan tadi. Sahabatnya itu benar-benar terkejut tetapi itu bukanlah respon yang dia harapkan. Adakah setelah sekian lama, Izwan masih belum mampu memaafkan Maizura?

         "Kau pun tahu dia perempuan jenis yang bagaimana. Dah tak ada perempuan lain ke dalam dunia ini?" Izwan terus mengasak apabila pertanyaannya tidak dijawab.

         "Wan, kau kena faham. Sebagaimana dia mempunyai masa silam, sudah tentu dia juga punya masa depan. Kita manusia biasa, Wan. Bukan malaikat. Bila-bila masa Allah boleh tarik nikmat iman yang Dia berikan. Jangan sampai disebabkan 'orang-orang baik' macam kau, semua manusia yang pernah buat dosa tak mahu kembali," nasihat Amal. Dia tidak mahu membiarkan Izwan terus menghukum atas suatu dosa yang dia yakin turut pernah dilakukan oleh Izwan.

        "Aku yakin dia takkan berubah."

        "Kau pernah buat kesilapan yang sama. Kenapa kau tak boleh terima hakikat Maizura juga boleh berubah?"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

          Maizura tersentak mendengar suara di sebalik telefon bimbitnya.

         "Mengapa buat saya macam ni, Zura? Awak hilang dan tiba-tiba awak muncul sebagai isteri kawan baik saya. Ada awak fikir tentang perasaan saya?" Izwan terus-menerus menyerang Maizura dengan persoalannya.

           "Awak yang tinggalkan saya, Wan. Saya tak pernah bertanya kenapa awak tinggalkan saya. Jadi bukan salah saya atau Amal kalau akhirnya saya pilih jalan ini," dengan tenang Maizura menerangkan rasional tindakannya.

           Izwan mengeluh. Dadanya tiba-tiba rasa sakit. Maizura benar-benar telah melupakannya. "Zura, saya masih sayangkan awak. Dulu saya takut dengan perasaan saya sendiri sebab saya tahu saya takkan mampu memiliki awak."

          "Teruskanlah dengan rasa takut awak tu, Wan sebab saya tak mungkin terima awak semula. Lagipun saya sedar, perempuan kotor macam saya tak layak untuk awak."

          "Zura, saya minta maaf kalau awak terasa dengan kata-kata saya hari itu. Saya cakap macam itu sebab saya cemburu."

"Sudahlah, Wan. Saya tak boleh berborak lama-lama dengan awak. Saya dah jadi isteri orang. Dan saya harap ini panggilan terakhir dari awak."

          Klik. Panggilan ditamatkan. Izwan meraup wajahnya. Kalau dia mengambil tindakan berani dengan mengahwini Maizura dahulu, adakah keadaan akan menjadi lebih baik?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

         Usai solat Maghrib berjemaah, Amal menghadap isterinya untuk sesi usrah. Maizura selalu teruja untuk mendengar ceramah daripada Amal atau sesekali Amal akan membuka peluang untuk dia bertanya. Ala-ala program Kemah-keming Ustaz Azhar Idrus usik Maizura ketika mula-mula dia menyuruh Maizura bertanya soal agama yang dia tidak faham.

        Malam ini berlainan sekali. Wajah Maizura muram dan nampak risau.

      "Ujian yang datang kepada kita bukan saja-saja Allah nak beri. Antara hikmah dugaan yang kita hadapi ini ialah untuk diaudit oleh auditor yang sentiasa setia mengikut kita kemana sahaja, kiri dan kanan. Untuk mengukur di skala mana sabar, ikhlas, redha dan syukur kita. Dan kita juga seharusnya sentiasa melakukan 'self-audit' supaya tidak terleka," Amal memulakan bicara setelah membaca pembuka kalam, surah Al-Fatihah.

       Dia memandang tepat ke wajah Maizura, "Jadi, walau apapun dugaan yang kita hadapi, jangan pernah menyerah. Senyum tatkala kesedihan atau dilanda ujian adalah lambang ketabahan." jari-jemari Amal menyentuh dagu Maizura. Memaksa isterinya merenung matanya. "Beritahu abang apa yang berlaku. Kenapa Mai nampak muram malam ni?"

        Melihat wajah jernih suaminya, Maizura berterus-terang, "Tadi Izwan called Mai. Abang, Mai tak tahu macam mana dia dapat nombor Mai. Mai tak pernah bagi nombor telefon pada dia. Tapi mai dah pesan supaya dia tak ganggu Mai lagi."

       Amal masih tersenyum. Maizura memang berani. Dia mula yakin dengan pepatah 'berani kerana benar'.

       "Kalau dah pesan begitu, kenapa masih muram? Dah, jangan fikir sangat. Yang ni pun kira audit juga, tahu? Audit skala kesetiaan Mai pada abang dan skala cemburu abang pada Mai," pujuk Amal. Setakat Izwan dia tidak risau. Izwan sahabat baiknya. Dia kenal Izwan.

        "Abang cemburu pada Mai?"

         "Eh, mestilah abang cemburu. Mai, kan isteri abang."

       "Cemburu tanda sayang. Abang sayang Mai?" Maizura masih tidak puas hati.

       "Ya, sayang. Abang sayang sayangggg...." Amal meleretkan suara.

       "Betul?"

       "Betullah," jawab Amal menhan geram. Gigit kang baru tahu!

       "Jadi abang kahwin dengan Mai bukan sebab kasihan?"

        "Mengarut!" Amal terus memicit hidung Maizura kuat-kuat. Dia tak boleh tahan geram lagi. Air wudhu yang disimpan untuk solat Isyak sudah batal tetapi Amal tidak kisah. Kalau samapai dia kena mandi wajib lepas ini pun dia tidak kisah. Maizura benar-benar membuat dia geram!

Jumaat, 25 Januari 2013

Sirna Cinta Pertama Bab 3




Berbaju kurung, memakai tudung… – Nana
Nana membelek-belek dirinya di hadapan cermin. Cantik! Dia berpuas hati dengan penampilannya. Baju kurung moden berwarna putih yang yang membaluti tubuhnya itu memang sepadan dengan Nana. Ini bukan kali pertama dia berbaju kurung walaupun baju kurung merupakan pakaian kebangsaan orang Melayu. Kali ini lebih istimewa. Baju itu akan menjadi saksi satu lafaz yang akan mengubah hidupnya.
Nasir berpesan supaya memakai tudung. Nana mengangkat tudung bawal crown di tangan kanan manakala selendang satin di tangan kiri. Kedua-duanya baru dibeli kelmarin. ‘Nak pakai yang mana satu?’ Fikir Nana. Walaupun selalu mengenakan baju kurung, namun dia tidak pernah bertudung. Kalau pakai tudung bawal, leceh. Tapi Nana tidak pula pandai melilit selendang.
‘Tidak mengapalah. Pakai selendang macam mak datin pun okey!’ Nana terus menyilangkan kedua-dua hujung selendang itu di dadanya. Sekali lagi Nana memerhati penampilannya dari hujung rambut ke hujung kaki. Perfect! Dia keluar dari bilik dengan langkah yang yakin. Nasir sudah menunggu di ruang tamu sambil berbual dengan Datuk Joseph Muan. Nasir memang sudah akrab dengan keluarga Nana kerana sudah berkali-kali berkunjung ke banglo mewah itu.
“Cantiknya anak papa. Macam nak pergi nikah aje.” Tegur Datuk Joseph Muan. Mana tidaknya. Baju kurung chiffon yang dihiasi indah dengan taburan manik dan labuci sangat menyerlahkan penampilan anaknya yang sudah sedia cantik itu. “Dengan selendang berkilat ni, papa rasa kalau Nana dan Nasir nikah sekarang pun tak ada masalah,” usik Datuk Joseph lagi.
“Belum lagi, uncle. Banyak yang perlu diuruskan,” jawab Nasir.
‘Fuhh, kalau benar-benar Datuk Joseph suruh nikah sekarang, matilah aku. Seumur hiduplah aku tak dapat balik kampung.’ Nasir mula membayangkan dia dikejar ayahnya dengan parang setiap kali memijak tangga rumah orang tuanya.
“Papa, kami pergi dulu. Come, bie,” Nana mencuit bahu Nasir. Nasir bergerak mendekati Datuk Joseph. Menyalami tangan lelaki itu dengan mesra lalu beriringan dengan Nana keluar dari banglo itu.
“Kenapa pakai tudung macam ini? Pakailah elok-elok,” Nasir memberi komen setelah keluar dari kawasan perumahan elit Demak Indah.
Nana menoleh ke kanan. Menatap wajah selamba Nasir yang sedang memandu. “Tak cantikkah I pakai macam ni?”
“Bukan tak cantik. You pakai apa pun cantik tapi bila dah pakai tudung, biarlah tutup aurat terus. Buat apa you nak keluarkan jambul you tu?”
“Nak pakai macam mana lagi, bie? Pakai selendang macam ni pun setengah jam I terkial-kial nak belit!” Nana mengeraskan suara. Dia tidak suka komen negatif keluar dari mulut Nasir. Nana membayangkan Nasir menyuruhnya memakai tudung bidang enam puluh inci macam bekas isterinya. No way!
“You buka balik selendang tu. I ajar you, okey? Senang aje. Dalam kereta pun boleh pakai,” Nasir mula memberi arahan kepada Nana. Mahu tidak mahu Nana terpaksa ikut. Dia harus sentiasa menjaga hati Nasir.
“Mula-mula letakkan selendang tu kat atas kepala, tapi biar hujungnya sebelah panjang dan sebelah lagi pendek,”
“Yang panjang tu sebelah kanan atau kiri?” tanya Nana yang sudah mula berminat.
“Mana-mana pun boleh. Asalkan you rasa selesa. Lepas tu, bawa hujung yang pendek tu ke bawah dagu dan pinkan dekat telinga yang sebelah lagi,” Nasir menoleh seketika. Dia terangguk-angguk. Nampaknya Nana cepat belajar.
“Bila dah ketat, you tarik pula hujung yang panjang tu ke belakang. Pinkan dekat belakang kepala you,”
Nana seronok membetul-betulkan kedudukan selendang yang baru dipakai dengan sempurna. Menutup seluruh rambutnya. Tidak susah rupanya nak lilitkan selendang. Nana tersenyum puas hati. Matanya menjeling side mirror. Kalah Yuna!


*****


Mulia menangis teresak-esak. Tarmizi tidak tahu lagi bagaimana mahu memujuk. Silap besar dia hari ini. Ingatkan hendak gembirakan Mulia. Malam tadi dia menghubungi Mulia, mengajak Mulia dan anaknya makan tengah hari di restoran makanan segera Sugarbun. Restoran yang terletak berhadapan dengan bangunan Mahkamah Syariah Kuching itu baru sahaja memulakan perniagaan.
“Janganlah buat spekulasi. Takkanlah dia kahwin tak bagitahu Lia,” pujuk Tarmizi.
Tidak berkesan! Mulia masih menangis. Zarith Sofia yang berbaring di pangkuan Tarmizi terpinga-pinga. Mungkin si kecil itu pun tidak faham mengapa ibunya menangis. Lapar susu seperti dia juga ke?
“Sudahlah. Apa yang nak di tangiskan? Nasir pun bukan suami Lia lagi jadi tak salah kalau dia kahwin. Buat apa nak bazirkan air mata untuk dia?” Tarmizi memprovok Mulia. Mana tahu cara ini berkesan setelah dari tadi asyik kata-kata pujukan sahaja yang dia gunakan.
“Abang Miji tak faham. Walaupun kami dah bercerai, Lia masih sayangkan dia. Sampai hati Nasir buat Lia macam ini. Baru empat bulan kami berpisah,” tangisan Mulia semakin menggila.
“Cuba Lia tanya Azmeer. Mungkin dia tahu,” saran Tarmizi. Azmeer kawan karib Nasir. Pasti Azmeer tahu tentang perkara ini.
Mulia mengesatkan air matanya dengan tisu. Tangannya pantas mencari nombor telefon Azmeer dalam list kenalan di telefon bimbitnya. ‘Harap-harap Abang Az kata tidak. Tidak, Nasir tidak kahwin lagi!’ doa Mulia di dalam hati.
“Abang Az tak tahulah, Lia. Dia tak cakap apa-apa pada Abang Az. Lia sabar,ya. Nanti Abang Az tanyakan pada Nasir,”jawab Azmeer setelah Mulia menceritakan apa yang dilihatnya sebentar tadi. Nasir keluar dari Mahkamah Syariah bersama seorang wanita yang berbaju kurung putih. Hati siapa yang tidak hancur?!


*****


“Bro, betul ke kau dah nikah?” Azmeer terus menerjah dengan soalan itu setelah panggilannya dijawab.
“Wah, hebatnya kau! Mak aku pun tak tahu apa-apa, kau yang jauh di UKM pula dapat berita ni. Dari mana kau tahu gosip ini?” Nasir pula yang menyoal. Soalan Azmeer tadi dibiar tidak berjawab. Bila masa pula dia kahwin dan siapa yang menyebar berita?
“Mulia called aku. Dia cakap dia nampak kau dengan seorang perempuan kat Mahkamah Syariah. Kuching tu tak sebesar manalah. Kau cakap betul-betul, kau dah kahwin ke?”
Mulia! Dia intip aku ke? “Aku belum kahwin lagilah. Tadi aku temankan Nana masuk Islam. Dia baru lafaz syahadah tadi. Kau bagitahu informer kau itu, kalau aku kahwin dia orang pertama yang aku akan bagi kad jemputan!”
Nana sudah masuk Islam. Bermakna tidak lama lagi mereka tetap akan kahwin juga. Azmeer tidak menyangka secepat itu Nasir mahu mencari pengganti Mulia. Tapi Azmeer sedikit pun tidak hairan. Siapa lagi yang lebih kenal luar dan dalam nasir kalau bukan dia?
“ALHAMDULILLAH. Bertambah seorang saudara kita. Kau pun janganlah cepat sangat nak kahwin. Kesian Mulia,” tukas Azmeer. Dua-dua merupakan sahabatnya. Sakit mereka, sakit jualah Azmeer.
“Kalau Lia call kau lagi, beritahu dia jangan sibuk pasal aku. Kami dah tak ada apa-apa hubungan lagi. So, jangan nak jaga tepi kain aku,” Nasir mematikan perbualan. Azmeer tergelak kecil. Jaga tepi kain konon. Kau pakai seluarlah!

Rabu, 23 Januari 2013

Zulsyazshamalia


“He…he…”hanya itu respon yang mampu aku lakukan sambil tersengih apabila
ditanya pasal budak baru di kelas kami itu.
 
            Joey dan Shah nampak tak puas hati dengan ‘jawapanku’ itu.Aku peduli apa.
Walaupun aku memang akui yang Nur Alia memang cantik,aku takkan beritahu mangkuk
hayun dua ekor tu. Dengan mata sepet sesuai dengan taste aku,kulit cerah macam amoi
cashier koperasi dan perwatakan yang ala-ala perempuan melayu terakhir, susah aku nak
nafikan yang dia memang cantik. Dan yang membuatkan dia semakin cantik ialah dia
suka senyum padaku. Perasan!
 
            Tapi ada sesuatu yang menghalang aku untuk memberitahu sesiapa jua yang aku
juga dah angau sakan dengan budak Alia tu. Penghalang itu pun tak kurang cantiknya.
Awek aku,Syazwani.
 
            “Saya dengar awak rapat dengan Alia sekarang.”Syaz bersuara lembut.
Kedinginan di dalam perpustakaan yang aku rasai sejak dari tadi sedikit terganggu. “Best
la dapat berkawan dengan orang cantik macam Alia.”dia memain-mainkan pula pen di
jari-jari lembutnya.
 
            “Best…rasa nak duduk dekat dia saja.”aku sengaja mengusik Syaz. Tiba-tiba
lenganku terasa pedih. Jadi mangsa cubitan Syazwani.
 
            Sejak hari itu,setiap kali dating,Syaz mesti ungkit pasal perkara yang sama. Aku
pun apalagi. Saja nak menyakat Syaz. Kadang-kadang aku sengaja reka cerita tentang kemesraan
kami berdua di dalam kelas.
 
Suatu hari, Joey dan Shah ajak aku bertaruh. Bukan pertaruhan yang kami selalu
buat tu. Pertaruhan ini melibatkan orang,hati dan perasaan. Pertaruhan yang akhirnya
menyebabkan aku benar-benar menyesal.
 
            “Siapa dapat pikat Alia, dengan segala hormatnya dilantik menjadi ketua dan
yang lain akan menjadi hamba abdi. Seterusnya, perut dia akan ditop up secara percuma
selama sebulan.”terang Joey panjang lebar apabila aku tanyakan tentang award kepada
pemenang.
 
 
            Kami bertiga mula menjalankan jarum masing-masing. Alia yang memang dah
rapat dengan aku sejak dulu bukanlah masalah besar bagi aku. Yang merisaukan aku ialah macam mana aku nak handle anak dara yang seorang lagi tu, Syaz. Dia orang berdua tu senanglah, belum ada awek lagi.  
            Sewaktu aku jaga kantin pada waktu rehatdua hari selepas pertaruhan itu bermula, (lupa nak cerita,aku pengawas sekolah) aku didatangi oleh kawan baik aku. Siapa lagi kalau bukan Joey dan Shah. Di tangan Shah ada sekeping kertas. Aku perasan tentang kertas itu pun setelah Shah melambai-lambaikan kertas itu.
            “Apahal? Aku sibuk ni.”aku tunjukkan muka kurang senang sedangkan aku suka. Boleh curi tulang sekejap.
            “Nah, Sham! Kau tanda tangan surat perjanjian ini.”Shah menghulurkan kertas yang dilambainya sebentar tadi kepadaku.
            “Tak boleh tunggu dalam kekas ke? Otak korang berdua ni memang manual la.”sambil  membaca kertas yang kononnya surat perjanjian itu, mulutku membebel pada dua orang budak itu.
            Tanpa banyak bicara, aku terus menandatangani surat perjanjian yang dikatakan sebagai pengesahan yang aku bersedia menerima apa jua hukuman jika gagal mendapatkan Alia. Aku memang tak kisah pasal hal tu sebab aku yakin yang kena hukum nanti ialah dua orang tu. Hahahaha…
           

Semakin hari aku semakin bingung. Mana nak fikir pasal SPM lagi, Syaz lagi dan awek baru aku, Alia. Hah,terkejut?! Tak payah. Tak ada apa yang nak dihairankan kalau orang handsome macam aku ni dapat pikat Alia. Yang pasti,Alia sudah jadi milikku. Dengan semangat gentleman yang ada padaku, aku luahkan perasaan pada Alia. Rupa-rupanya selama ini dia juga menyimpan perasaan terhadap aku. Tak sia-sialah usaha aku selama ini.
            “Sham, Alia harap walaupun Sham ada perempuan lain, hanya Lia di hati Sham.”Alia bersuara sebak setelah perhubungan aku dan Syaz sampai ke pengetahuan Alia. Syaitan mana entah yang dengki denganku. Tapi aku yakin bukan di kalangan sahabat baikku.
            “Lia percayalah. Sham hanya bahagia bila bersama dengan Alia. Selama ini pun Sham selalu tipu diri sendiri. Sham tak pernah cintakan Syaz macam Sham cintakan Lia.” Romeo nombor satu memujuk Alia. Entah mengapa, jauh di sudut hati, aku dapat rasakan kata-kata itu ada betulnya.
            Aku takut juga kalau Alia tinggalkan aku. Aku dah mula sayangkan Alia walaupun mula-mula dulu aku tackle dia sebab tak nak kalah dengan kawan-kawan aku. Tapi aku juga tak sanggup nak lepaskan Syaz. Dia dah tawan hati aku. Alia pula kuasai jiwa aku. Arrhhggg…..! Aku tak tahu siapa yang aku nak sebenarnya sehinggalah suatu hari.
            “Sham,apa ni?!”Alia melemparkan sekeping kertas ke wajah handsome aku. Aku tunduk mendapatkan kertas yang telah melayang ke kakiku itu. Rupa-rupanya ‘surat perjanjian’ yang aku tandatangani dulu.
            “Oh,jadi selama ini Sham hanya pura-pura sayangkan Lia. Tak sangka Lia jadi barang taruhan. Sampai begitu sekali Sham hina Lia. Lia tak ada maruahkah?!”Alia benar-benar marah. Aku hanya tunduk memandang kasut putih Alia. Apabila aku beroleh kekuatan untuk mengangkat muka, apa yang aku lihat selepas itu membuat aku ingin panggil Puteri Cahaya untuk hilangkan aku dari situ.
            Syaz…? Macam mana pula dia boleh berada di blok Sains ini? Dialah antara pelajar Sastera yang masih primitif. Tak mahu ke blok Sains, malu katanya. Tapi sekarang…? Mesti ada sesuatu yang menyebabkan Syaz mahu ke sini. Dan aku tidak mahu memikirkan alasannya kerana aku yakin pasti  pasal tembelang aku yang sudah pecah.
            “Apa yang berlaku kat sini?”kedatangan Cikgu Ahmad menyelamatkan aku. “Balik ke kelas masing-masing.”dan sebaik sahaja mendengar arahan kaunsekor sekolah itu, mereka yang menjadi penonton setia drama sadis tadi pun berlalu termasuk kedua-dua buah hatiku. Cuma aku yang masih kaku.
            “Itulah awak. Mak bapa hantar ke sekolah suruh cari ilmu. Ini lain yang awak cari. Dah la awak tu pengawas sekolah.”kaunselor itu mengambil kesempatan untuk memahatkan nasihat ke telingaku. Aku masih tunduk. Tak sanggup nak angkat muka. Malu beb.
            “Cikgu dulu pun macam itu juga. Tapi taklah sampai mainkan perasaan perempuan. Kalau tidak, takkanlah cikgu boleh kahwin dua.”aku merenung muka Cikgu Ahmad untuk mencari kebenaran di sebalik kata-kata itu. Dia hanya tersenyum lalu menepuk bahuku. Setiap langkahannya menuju 4Sains terus kurenung. Hebat juga rupanya…
            Ketika masuk ke dalam kelas, aku diperhati dan direnungi. Macamlah aku ni artis. Ada juga yang bisik-bisik. Aku buat-buat tak tahu. Aku terus duduk di tempatku sambil (pura-pura) baca buku. Siapa yang nak percaya aku sedang baca buku? Buku yang aku buka tu buku teks Physics.
            “Kau gaduh dengan Joey dan Shah ke?”Zul yang duduk di sebelahku tiba-tiba bertanya. Dia mengecilkan suara sebab waktu itu kami sedang belajar subjek kimia. Cikgu tu garang. Aku pun memang tak minat kimia sebab cikgu tu tak pandai ajar. Hahaha…nak salahkan cikgu pulak.
            “Apa pasal pulak? Aku okey jer dengan dia orang.”aku menjeling ke arah dua orang yang menjadi topik perbualan kami. “Kau tahu apa-apa pasal dia orang ke?” mataku meliar pula mencari wajah Alia. Dia langsung tak menoleh memandangku. Benci sangat agaknya.
            “Sebenarnya dia orang yang hebohkan pasal pertaruhan tu. Bila Syaz minta bukti, Shah serahkan surat tu.”Zul masih mengecilkan suaranya walaupun kedengaran bersungguh-sungguh.
            Begini rupanya permainan dunia. Sanggup mereka buat aku macam ni. Surat perjanjian itu cuma suatu perangkap. Tak sangka ini balasan mereka atas kebaikan aku. Apa yang aku tak pernah beri kepada mereka? Semua permintaan mereka aku tunaikan. Aku tak kisah berkongsi kemewahan aku dengan dua orang kawan baik aku. Tiba-tiba hati aku menjadi panas. Tunggulah lepas kelas nanti. Siap korang! Aku nak buat perhitungan.
           

Rindu nyer! Arrhhhggghh…! Dah dua bulan aku tak melihat dan apalagi bertegur dengan si cantik manis Alia dan Syaz. Sejak hari aku terkantoi dulu tu, aku tak pernah lagi mendengar suara dua orang gadis yang sama-sama menang di hatiku itu. Yang menghairankan, rindu pada Alia lebih menggamit. Mengapa agaknya?
            Pasal Joey dan Shah? Huh,dah kena flying kick aku!(itu pun cuma dalam mimpi). Tahu kenapa aku tak belasah dia orang? Sebab petang itu ada suatu kejadian yang menyebabkan aku berada di tempat di mana aku berada sekarang.
            Entah macam mana, dek kerana aku nak sangat kerjakan Joey dan Shah, aku tak perasan ada kereta lalu ketika aku melintas jalan. Dalam tergesa-gesa aku nak memintas Joey dan Shah, aku pulak yang accident. Apalagi, terkulai layulah aku kat hospital ni sampai sekarang. Tangan dah okey cuma kaki aku saja yang masih belum kuat. Tapi dah boleh jalan sikit-sikit. Tengah aku mengelamun, mak aku pula tiba-tiba datang.
            “Sham mesti kuat. Belajar jangan lupa walaupun Sham sakit. Next week dah nak exam. SPM penting untuk masa depan Sham.”itulah ayat azimat yang mak aku hampir tiap hari ulang selama dua bulan aku terlantar. Mak aku saja yang sudi melawat aku setiap hari. Ayah aku asyik sibuk dengan bisnes. Alia dan Syaz pun tak pernah datang melawat aku. Joey dan Shah usah cerita la.
           

“Eh,Sham! Apa khabar kau sekarang? Kaki dan tangan kau okey ke?”Joey menegur ramah sewaktu aku kembali ke sekolah untuk menghadapi SPM. Kalau tidak kerana SPM,minta ampun. Beri seribu ringgit pun mustahil untuk pujuk aku ke sekolah.
“Hoi! Pura-pura baik konon.”aku balas teguran Joey dengan tengkingan. “Kau khianatkan aku, boleh pula tanya aku okey ke tak?! Pasal kaulah aku jadi macam ni.”aku tolak bahu Joey kuat. Tekanan yang aku berikan pada tangan membuat aku mengaduh sakit. Joey kelihatan serba salah untuk membantu. Tapi muka redupnya kelihatan sayu. Nampak macam ikhlas.
“Sorry lah. Semua tu rancangan Shah.”akhirnya Joey bersuara.
“Hah,apa?!”
“Sabarlah. Aku nak cerita la ni.” Joey menarik tanganku dan mengajak aku duduk di tempat yang agak jauh dari rakan-rakan lain.
“Shah sebenarnya dah lama marahkan kau. Sejak dari kau mula menjalinkan hubungan dengan Syazwani. Dia ada hati kat Syaz tapi dia tak kisah kau bercinta dengan Syaz asalkan kau tak mainkan perasaan dia. Shah marah sebab dia sedar kau tak sungguh-sungguh cintakan Syaz. Lagipun dia tak sampai hati sebab kau terlalu baik padanya.”
“Habis tu, kenapa waktu tu dia sampai hati pulak?”aku memintas cerita Joey.
“Sebab kau ada Alia. Kalau kau kehilangan Syaz sekalipun, Shah yakin kau takkan rasa apa-apa sebab kau masih ada Alia. Kehadiran Alia membuka jalan pada Shah untuk tunjukkan pada kau dan Syaz yang kamu berdua tidak saling mencintai.” Joey berhenti seketika. Membuka beg lalu mengambil cermin mata. Joey jeling jam sekilas. “Tapi Shah bodoh. Dia bagi surat tu pada Syaz. Syaz pula terus bagi pada Alia. Mana la Syaz mahu Alia dibuat begitu. Alia sepupu Syaz.”
 
Kata-kata terakhir Joey benar-benar mengganggu konsentrasi aku menghadapi SPM. ‘Alia sepupu Syaz’. Ya ALLAH, mengapa Kau temukan dua orang insan ini denganku lalu mencuri hatiku? Dan kalaulah Kau takdirkan Joey bertemu denganku dan ceritakan semua ini selepas SPM, alangkah baiknya. Pasti aku dapat jalani SPM dengan tenang. Setelah bertungkus lumus selama hampir sebulan, aku berjaya juga mengakhiri perjuanganku. Namun aku terkilan kerana aku tidak bersua dengan Alia dan Syaz sepanjang SPM. Bukan sahaja kerana tiada kesempatan tapi aku sengaja menjauhkan diri.
“Keputusan SPM bagi tahun 2005 seluruh negara akan diumumkan esok.”berita yang disampaikan oleh pembaca berita pada malam ini sangat mendebarkan hatiku. Esok aku akan ke sekolah untuk mengambil keputusan. Doakan aku,ya!

Kalaulah aku punyai kelebihan seperti Invisible Man, ingin aku hilang dari pandangan manusia pada hari ini. Tak sanggup rasanya melihat Syaz dan Alia sama-sama keluar dari kereta milik ayah Syaz. Mereka beriringan menuju ke pejabat unutk mengambil slip result SPM. Aku masih terpaku. Tak tahu nak buat apa-apa.
“Sham!”aku tersentak dengan panggilan itu. Ya ALLAH, bila pula Syaz dan Alia boleh berada di hadapanku. Berikanlah aku kekuatan.
“Dah ambil keputusan? Saya dengar awak pelajar terbaik tahun ni.”Syaz memulakan bicara. Bagaimana kau boleh setenang itu sedangkan aku…
“A…be…belum. So, kamu berdua…”suaraku terasa tersekat di kerongkong.
“Kami berdua apa?”Alia pula bertanya. Dalam keadaan ini, aku bagaikan tak ingin mendengar suara yang aku rindukan itu.
“Sham…sa..a...saya ambil slip dulu,ya.”dan aku terus berlalu.
Terus terang, bukan aku takut,lorat,lemah,dayus atau sebagainya. Aku cuma kasihankan diri aku sendiri. Aku tak mahu kelihatan bodoh dan kalut sedangkan mereka boleh setenang itu. Adakah kerana namaku sudah tiada lagi di hati mereka?
8 tahun kemudian…
“Bang, tengok Ain ni asyik menangis. Macam mana nak pujuk dia?”Alia merengek padaku. “Lia tak ada pengalaman lagi nak jaga budak.” Itulah isteri aku. Kami bertemu semula di universiti lapan tahun lepas dan menyambung kembali cinta kami dulu. Kalau dah jodoh tak ke mana.
“Hantarlah kat mama dia.”
“Sampainya hati abang. Syaz kan tengah berpantang. Jadi tanggungjawab Lia jaga Ain. Anak Syaz, anak Alia juga.”senyuman Alia ketika menuturkan ayat itu meenggambarkan betapa bahagia hatinya.
“Yalah. Bak sini budak tu. Biar abang pula cuba pujuk.”balasku, juga dengan senyum bahagia. ‘Anak Syaz, anak Alia juga’. Hhmm…
Begitulah kehidupanku sejak berkahwin. Memang bahagia. Boleh aku tamatkan kisah aku sekarang? Oppss…ok,ok.. pertama pasal Joey, dia dah jadi guru sekarang. Tercapai juga cita-cita dia. Shah pula sedang lanjutkan pelajaran di luar negara. Sebelum dia pergi dulu dia sempat minta maaf daripada kami semua. Menurut Shah dia buat begitu hanya kerana cintanya pada Syaz. Dia mengambil keputusan untuk pergi apabila Syaz sudah berterus terang yang dia takkan dapat membalas cinta Shah kerana hatinya sudah dimiliki. Zul yang dulunya duduk di sebelahku di tingkatan lima pun dah kahwin.
Aku harap kehidupan aku selepas ini akan jadi lancar dan terus bahagia. Tapi tanpa masalah dan kejutan tentu hidup tak bermakna. Dan kejutan dalam cerita aku ini ialah hero dalam cerita ini bukannya aku tapi Zul. Macam mana pula dia boleh jadi hero? Rupanya dalam diam dia mencintai Syaz. Walaupun tak sekacak aku, Zul tetap jadi pilihan Syaz kerana Zul jujur dan memiliki cirri-ciri idaman Syaz. Dan Ainur Husna Juwita yang kami gelar Ain ialah zuriat Syaz dan Zul. Anak saudara aku dan Alia. Aku tak sehebat Cikgu Ahmad, kaunselor sekolah rupanya.