“He…he…”hanya itu respon yang mampu
aku lakukan sambil tersengih apabila
ditanya pasal budak baru di kelas
kami itu.
Joey
dan Shah nampak tak puas hati dengan ‘jawapanku’ itu.Aku peduli apa.
Walaupun aku memang akui yang Nur
Alia memang cantik,aku takkan beritahu mangkuk
hayun dua ekor tu. Dengan mata sepet
sesuai dengan taste aku,kulit cerah macam amoi
cashier koperasi dan perwatakan yang
ala-ala perempuan melayu terakhir, susah aku nak
nafikan yang dia memang cantik. Dan
yang membuatkan dia semakin cantik ialah dia
suka senyum padaku. Perasan!
Tapi
ada sesuatu yang menghalang aku untuk memberitahu sesiapa jua yang aku
juga dah angau sakan dengan budak
Alia tu. Penghalang itu pun tak kurang cantiknya.
Awek aku,Syazwani.
“Saya
dengar awak rapat dengan Alia sekarang.”Syaz bersuara lembut.
Kedinginan di dalam perpustakaan
yang aku rasai sejak dari tadi sedikit terganggu. “Best
la dapat berkawan dengan orang
cantik macam Alia.”dia memain-mainkan pula pen di
jari-jari lembutnya.
“Best…rasa
nak duduk dekat dia saja.”aku sengaja mengusik Syaz. Tiba-tiba
lenganku terasa pedih. Jadi mangsa
cubitan Syazwani.
Sejak
hari itu,setiap kali dating,Syaz mesti ungkit pasal perkara yang sama. Aku
pun apalagi. Saja nak menyakat Syaz.
Kadang-kadang aku sengaja reka cerita tentang kemesraan
kami berdua di dalam kelas.
Suatu hari, Joey dan Shah ajak aku
bertaruh. Bukan pertaruhan yang kami selalu
buat tu. Pertaruhan ini melibatkan
orang,hati dan perasaan. Pertaruhan yang akhirnya
menyebabkan aku benar-benar
menyesal.
“Siapa
dapat pikat Alia, dengan segala hormatnya dilantik menjadi ketua dan
yang lain akan menjadi hamba abdi.
Seterusnya, perut dia akan ditop up secara percuma
selama sebulan.”terang Joey panjang
lebar apabila aku tanyakan tentang award kepada
pemenang.
Kami
bertiga mula menjalankan jarum masing-masing. Alia yang memang dah
rapat
dengan aku sejak dulu bukanlah masalah besar bagi aku. Yang merisaukan aku
ialah macam mana aku nak handle anak dara yang seorang lagi tu, Syaz. Dia orang
berdua tu senanglah, belum ada awek lagi.
Sewaktu aku jaga kantin pada waktu
rehatdua hari selepas pertaruhan itu bermula, (lupa nak cerita,aku pengawas
sekolah) aku didatangi oleh kawan baik aku. Siapa lagi kalau bukan Joey dan
Shah. Di tangan Shah ada sekeping kertas. Aku perasan tentang kertas itu pun
setelah Shah melambai-lambaikan kertas itu.
“Apahal? Aku sibuk ni.”aku tunjukkan
muka kurang senang sedangkan aku suka. Boleh curi tulang sekejap.
“Nah, Sham! Kau tanda tangan surat
perjanjian ini.”Shah menghulurkan kertas yang dilambainya sebentar tadi
kepadaku.
“Tak boleh tunggu dalam kekas ke?
Otak korang berdua ni memang manual la.”sambil
membaca kertas yang kononnya surat perjanjian itu, mulutku membebel pada
dua orang budak itu.
Tanpa banyak bicara, aku terus
menandatangani surat perjanjian yang dikatakan sebagai pengesahan yang aku
bersedia menerima apa jua hukuman jika gagal mendapatkan Alia. Aku memang tak
kisah pasal hal tu sebab aku yakin yang kena hukum nanti ialah dua orang tu.
Hahahaha…
Semakin
hari aku semakin bingung. Mana nak fikir pasal SPM lagi, Syaz lagi dan awek
baru aku, Alia. Hah,terkejut?! Tak payah. Tak ada apa yang nak dihairankan
kalau orang handsome macam aku ni dapat pikat Alia. Yang pasti,Alia sudah jadi
milikku. Dengan semangat gentleman yang ada padaku, aku luahkan perasaan pada
Alia. Rupa-rupanya selama ini dia juga menyimpan perasaan terhadap aku. Tak
sia-sialah usaha aku selama ini.
“Sham, Alia harap walaupun Sham ada
perempuan lain, hanya Lia di hati Sham.”Alia bersuara sebak setelah perhubungan
aku dan Syaz sampai ke pengetahuan Alia. Syaitan mana entah yang dengki
denganku. Tapi aku yakin bukan di kalangan sahabat baikku.
“Lia percayalah. Sham hanya bahagia
bila bersama dengan Alia. Selama ini pun Sham selalu tipu diri sendiri. Sham
tak pernah cintakan Syaz macam Sham cintakan Lia.” Romeo nombor satu memujuk
Alia. Entah mengapa, jauh di sudut hati, aku dapat rasakan kata-kata itu ada
betulnya.
Aku takut juga kalau Alia tinggalkan
aku. Aku dah mula sayangkan Alia walaupun mula-mula dulu aku tackle dia sebab
tak nak kalah dengan kawan-kawan aku. Tapi aku juga tak sanggup nak lepaskan
Syaz. Dia dah tawan hati aku. Alia pula kuasai jiwa aku. Arrhhggg…..! Aku tak
tahu siapa yang aku nak sebenarnya sehinggalah suatu hari.
“Sham,apa ni?!”Alia melemparkan
sekeping kertas ke wajah handsome aku. Aku tunduk mendapatkan kertas yang telah
melayang ke kakiku itu. Rupa-rupanya ‘surat perjanjian’ yang aku tandatangani
dulu.
“Oh,jadi selama ini Sham hanya
pura-pura sayangkan Lia. Tak sangka Lia jadi barang taruhan. Sampai begitu
sekali Sham hina Lia. Lia tak ada maruahkah?!”Alia benar-benar marah. Aku hanya
tunduk memandang kasut putih Alia. Apabila aku beroleh kekuatan untuk
mengangkat muka, apa yang aku lihat selepas itu membuat aku ingin panggil
Puteri Cahaya untuk hilangkan aku dari situ.
Syaz…? Macam mana pula dia boleh
berada di blok Sains ini? Dialah antara pelajar Sastera yang masih primitif.
Tak mahu ke blok Sains, malu katanya. Tapi sekarang…? Mesti ada sesuatu yang
menyebabkan Syaz mahu ke sini. Dan aku tidak mahu memikirkan alasannya kerana
aku yakin pasti pasal tembelang aku yang
sudah pecah.
“Apa yang berlaku kat
sini?”kedatangan Cikgu Ahmad menyelamatkan aku. “Balik ke kelas
masing-masing.”dan sebaik sahaja mendengar arahan kaunsekor sekolah itu, mereka
yang menjadi penonton setia drama sadis tadi pun berlalu termasuk kedua-dua
buah hatiku. Cuma aku yang masih kaku.
“Itulah awak. Mak bapa hantar ke
sekolah suruh cari ilmu. Ini lain yang awak cari. Dah la awak tu pengawas
sekolah.”kaunselor itu mengambil kesempatan untuk memahatkan nasihat ke
telingaku. Aku masih tunduk. Tak sanggup nak angkat muka. Malu beb.
“Cikgu dulu pun macam itu juga. Tapi
taklah sampai mainkan perasaan perempuan. Kalau tidak, takkanlah cikgu boleh
kahwin dua.”aku merenung muka Cikgu Ahmad untuk mencari kebenaran di sebalik
kata-kata itu. Dia hanya tersenyum lalu menepuk bahuku. Setiap langkahannya
menuju 4Sains terus kurenung. Hebat juga rupanya…
Ketika masuk ke dalam kelas, aku
diperhati dan direnungi. Macamlah aku ni artis. Ada juga yang bisik-bisik. Aku
buat-buat tak tahu. Aku terus duduk di tempatku sambil (pura-pura) baca buku.
Siapa yang nak percaya aku sedang baca buku? Buku yang aku buka tu buku teks
Physics.
“Kau gaduh dengan Joey dan Shah
ke?”Zul yang duduk di sebelahku tiba-tiba bertanya. Dia mengecilkan suara sebab
waktu itu kami sedang belajar subjek kimia. Cikgu tu garang. Aku pun memang tak
minat kimia sebab cikgu tu tak pandai ajar. Hahaha…nak salahkan cikgu pulak.
“Apa pasal pulak? Aku okey jer
dengan dia orang.”aku menjeling ke arah dua orang yang menjadi topik perbualan
kami. “Kau tahu apa-apa pasal dia orang ke?” mataku meliar pula mencari wajah
Alia. Dia langsung tak menoleh memandangku. Benci sangat agaknya.
“Sebenarnya dia orang yang hebohkan pasal
pertaruhan tu. Bila Syaz minta bukti, Shah serahkan surat tu.”Zul masih
mengecilkan suaranya walaupun kedengaran bersungguh-sungguh.
Begini rupanya permainan dunia.
Sanggup mereka buat aku macam ni. Surat perjanjian itu cuma suatu perangkap.
Tak sangka ini balasan mereka atas kebaikan aku. Apa yang aku tak pernah beri
kepada mereka? Semua permintaan mereka aku tunaikan. Aku tak kisah berkongsi
kemewahan aku dengan dua orang kawan baik aku. Tiba-tiba hati aku menjadi
panas. Tunggulah lepas kelas nanti. Siap korang! Aku nak buat perhitungan.
Rindu
nyer! Arrhhhggghh…! Dah dua bulan aku tak melihat dan apalagi bertegur dengan
si cantik manis Alia dan Syaz. Sejak hari aku terkantoi dulu tu, aku tak pernah
lagi mendengar suara dua orang gadis yang sama-sama menang di hatiku itu. Yang
menghairankan, rindu pada Alia lebih menggamit. Mengapa agaknya?
Pasal Joey dan Shah? Huh,dah kena
flying kick aku!(itu pun cuma dalam mimpi). Tahu kenapa aku tak belasah dia
orang? Sebab petang itu ada suatu kejadian yang menyebabkan aku berada di
tempat di mana aku berada sekarang.
Entah macam mana, dek kerana aku nak
sangat kerjakan Joey dan Shah, aku tak perasan ada kereta lalu ketika aku
melintas jalan. Dalam tergesa-gesa aku nak memintas Joey dan Shah, aku pulak
yang accident. Apalagi, terkulai layulah aku kat hospital ni sampai sekarang.
Tangan dah okey cuma kaki aku saja yang masih belum kuat. Tapi dah boleh jalan
sikit-sikit. Tengah aku mengelamun, mak aku pula tiba-tiba datang.
“Sham mesti kuat. Belajar jangan
lupa walaupun Sham sakit. Next week dah nak exam. SPM penting untuk masa depan
Sham.”itulah ayat azimat yang mak aku hampir tiap hari ulang selama dua bulan
aku terlantar. Mak aku saja yang sudi melawat aku setiap hari. Ayah aku asyik
sibuk dengan bisnes. Alia dan Syaz pun tak pernah datang melawat aku. Joey dan
Shah usah cerita la.
“Eh,Sham!
Apa khabar kau sekarang? Kaki dan tangan kau okey ke?”Joey menegur ramah
sewaktu aku kembali ke sekolah untuk menghadapi SPM. Kalau tidak kerana SPM,minta
ampun. Beri seribu ringgit pun mustahil untuk pujuk aku ke sekolah.
“Hoi!
Pura-pura baik konon.”aku balas teguran Joey dengan tengkingan. “Kau khianatkan
aku, boleh pula tanya aku okey ke tak?! Pasal kaulah aku jadi macam ni.”aku
tolak bahu Joey kuat. Tekanan yang aku berikan pada tangan membuat aku mengaduh
sakit. Joey kelihatan serba salah untuk membantu. Tapi muka redupnya kelihatan
sayu. Nampak macam ikhlas.
“Sorry
lah. Semua tu rancangan Shah.”akhirnya Joey bersuara.
“Hah,apa?!”
“Sabarlah.
Aku nak cerita la ni.” Joey menarik tanganku dan mengajak aku duduk di tempat
yang agak jauh dari rakan-rakan lain.
“Shah
sebenarnya dah lama marahkan kau. Sejak dari kau mula menjalinkan hubungan
dengan Syazwani. Dia ada hati kat Syaz tapi dia tak kisah kau bercinta dengan
Syaz asalkan kau tak mainkan perasaan dia. Shah marah sebab dia sedar kau tak
sungguh-sungguh cintakan Syaz. Lagipun dia tak sampai hati sebab kau terlalu
baik padanya.”
“Habis
tu, kenapa waktu tu dia sampai hati pulak?”aku memintas cerita Joey.
“Sebab
kau ada Alia. Kalau kau kehilangan Syaz sekalipun, Shah yakin kau takkan rasa
apa-apa sebab kau masih ada Alia. Kehadiran Alia membuka jalan pada Shah untuk
tunjukkan pada kau dan Syaz yang kamu berdua tidak saling mencintai.” Joey
berhenti seketika. Membuka beg lalu mengambil cermin mata. Joey jeling jam
sekilas. “Tapi Shah bodoh. Dia bagi surat tu pada Syaz. Syaz pula terus bagi
pada Alia. Mana la Syaz mahu Alia dibuat begitu. Alia sepupu Syaz.”
Kata-kata
terakhir Joey benar-benar mengganggu konsentrasi aku menghadapi SPM. ‘Alia
sepupu Syaz’. Ya ALLAH, mengapa Kau temukan dua orang insan ini denganku lalu
mencuri hatiku? Dan kalaulah Kau takdirkan Joey bertemu denganku dan ceritakan
semua ini selepas SPM, alangkah baiknya. Pasti aku dapat jalani SPM dengan
tenang. Setelah bertungkus lumus selama hampir sebulan, aku berjaya juga
mengakhiri perjuanganku. Namun aku terkilan kerana aku tidak bersua dengan Alia
dan Syaz sepanjang SPM. Bukan sahaja kerana tiada kesempatan tapi aku sengaja
menjauhkan diri.
“Keputusan
SPM bagi tahun 2005 seluruh negara akan diumumkan esok.”berita yang disampaikan
oleh pembaca berita pada malam ini sangat mendebarkan hatiku. Esok aku akan ke
sekolah untuk mengambil keputusan. Doakan aku,ya!
Kalaulah
aku punyai kelebihan seperti Invisible Man, ingin aku hilang dari pandangan
manusia pada hari ini. Tak sanggup rasanya melihat Syaz dan Alia sama-sama
keluar dari kereta milik ayah Syaz. Mereka beriringan menuju ke pejabat unutk
mengambil slip result SPM. Aku masih terpaku. Tak tahu nak buat apa-apa.
“Sham!”aku
tersentak dengan panggilan itu. Ya ALLAH, bila pula Syaz dan Alia boleh berada
di hadapanku. Berikanlah aku kekuatan.
“Dah
ambil keputusan? Saya dengar awak pelajar terbaik tahun ni.”Syaz memulakan
bicara. Bagaimana kau boleh setenang itu sedangkan aku…
“A…be…belum.
So, kamu berdua…”suaraku terasa tersekat di kerongkong.
“Kami
berdua apa?”Alia pula bertanya. Dalam keadaan ini, aku bagaikan tak ingin
mendengar suara yang aku rindukan itu.
“Sham…sa..a...saya
ambil slip dulu,ya.”dan aku terus berlalu.
Terus
terang, bukan aku takut,lorat,lemah,dayus atau sebagainya. Aku cuma kasihankan
diri aku sendiri. Aku tak mahu kelihatan bodoh dan kalut sedangkan mereka boleh
setenang itu. Adakah kerana namaku sudah tiada lagi di hati mereka?
8
tahun kemudian…
“Bang,
tengok Ain ni asyik menangis. Macam mana nak pujuk dia?”Alia merengek padaku.
“Lia tak ada pengalaman lagi nak jaga budak.” Itulah isteri aku. Kami bertemu
semula di universiti lapan tahun lepas dan menyambung kembali cinta kami dulu.
Kalau dah jodoh tak ke mana.
“Hantarlah
kat mama dia.”
“Sampainya
hati abang. Syaz kan tengah berpantang. Jadi tanggungjawab Lia jaga Ain. Anak
Syaz, anak Alia juga.”senyuman Alia ketika menuturkan ayat itu meenggambarkan
betapa bahagia hatinya.
“Yalah.
Bak sini budak tu. Biar abang pula cuba pujuk.”balasku, juga dengan senyum
bahagia. ‘Anak Syaz, anak Alia juga’. Hhmm…
Begitulah
kehidupanku sejak berkahwin. Memang bahagia. Boleh aku tamatkan kisah aku
sekarang? Oppss…ok,ok.. pertama pasal Joey, dia dah jadi guru sekarang.
Tercapai juga cita-cita dia. Shah pula sedang lanjutkan pelajaran di luar
negara. Sebelum dia pergi dulu dia sempat minta maaf daripada kami semua.
Menurut Shah dia buat begitu hanya kerana cintanya pada Syaz. Dia mengambil keputusan
untuk pergi apabila Syaz sudah berterus terang yang dia takkan dapat membalas
cinta Shah kerana hatinya sudah dimiliki. Zul yang dulunya duduk di sebelahku
di tingkatan lima pun dah kahwin.
Aku
harap kehidupan aku selepas ini akan jadi lancar dan terus bahagia. Tapi tanpa masalah
dan kejutan tentu hidup tak bermakna. Dan kejutan dalam cerita aku ini ialah
hero dalam cerita ini bukannya aku tapi Zul. Macam mana pula dia boleh jadi
hero? Rupanya dalam diam dia mencintai Syaz. Walaupun tak sekacak aku, Zul
tetap jadi pilihan Syaz kerana Zul jujur dan memiliki cirri-ciri idaman Syaz.
Dan Ainur Husna Juwita yang kami gelar Ain ialah zuriat Syaz dan Zul. Anak
saudara aku dan Alia. Aku tak sehebat Cikgu Ahmad, kaunselor sekolah rupanya.