like

Sang Pemimpi

Sabtu, 19 Januari 2013

Restoran Selera Kita bab 1



            Aku tahu masalah aku takkan selesai dengan hanya membelek  surat khabar semalam tapi apa lagi usaha yang boleh aku lakukan? Sejak dua bulan yang lepas aku menjadi peminat setia ruangan iklan kerja kosong dalam semua  jenis akhbar yang dilanggan oleh majikan aku. Aku sebenarnya sedang berusaha untuk mencari pekerjaan lain. Berakhirnya bulan ini bermakna berakhir juga kerjaya aku di sini. Minggu ini merupakan minggu terakhir dalam bulan ini. Bererti tinggal seminggu aje lagi.
                Sedih pulak rasanya nak tinggalkan Untouch Printing ini. Untouch Printing, sebuah syarikat yang buat percetakan. Yalah, dah nama pun printing. Kad kahwin, business card, calendar dan macam-macam lagilah. Tapi buat secara kecil-kecilan aje. Aku pun kagum jugak dengan company ini sebab kecil-kecil dia pun boleh bertahan lama. Ini yang orang kata ‘kecil-kecil cili padi’. Jangan pandang rendah, tau.
Aku pun dah lama jadi pembantu kat sini. Mula-mula dulu aku kerja sambilan saje sementara tunggu result SPM. Sepanjang lima bulan itu aku rasa sangat selesa walaupun tugasan aku merangkumi hampir semua tugas kat sini. Kerani, akauntan, secretary, minah despatch sampailah cleaner dan tea lady. Pegawai khidmat pelanggan pun aku juga. Semua post aku sapu. Iyelah, company ini bukan besar mana pun. Setakat menyewa kat tingkat 2 blok kedai. Apalah sangat, kan.
                Lepas tu aku pulak sambung form six. Result SPM tak bagus sangat. Itupun nasib baik aku masih ada feeling lagi nak bersekolah dan bapak aku masih nak tanggung aku. Dengan badan dah membesar macam mak orang, korang bayangkan aku masih pakai uniform sekolah. Aku sendiri nak tergelak masa mula-mula nak masuk form six. Habis aje form six, aku tak mohon sambung belajar atau minta kerja, terus aje kerja kat sini. Seronok punya pasal. Aku kerja kat sini pun dah dekat tiga tahun.
Majikan aku memang tip top. Kita orang yang kerja kat sini tak payah nak formal-formal dengan dia. Panggil Kak Long aje macam panggilan adik-adik dia yang selalu buat ‘lawatan sambil belajar’ kat ofis ini. Kakitangan yang ada cuma 5 orang termasuk aku. Dua orang buat design dan yang lain itu macam aku juga, buat semua benda kat ofis ni. Kadang-kadang designer pun tolong buat kerja kami tapi kami tak pernah tolong dia orang buat kerja-kerja grafik tu. Tak ada ilmu dalam bidang itu.
Sambil-sambil aku belek surat khabar ini, aku jelling-jeling juga rakan sekerja aku. Masing-masing tunjuk muka ketat. Kak Wati dengan Kak Nor dah siap kemas-kemas meja. Wan Habib dan Simpoy budak design tu duduk melangut aje. Dah tak ada apa-apa lagi nak buat. Selesai aje last project kita orang buat minggu lepas, Kak Long dah tak ambil sebarang tempahan lagi. Sekarang tengah sibuk nak clearkan semua urusan nak tutupkan syarikat ini. Itu pasal semua buat muka mempelam muda.
Tiba-tiba aku terpandang Simpoy yang terangguk-angguk. Mengantuklah tu! “Sim!” jeritku untuk mengejutkan Simpoy. Jarak tempat aku dengan Simpoy bukannya jauh, maklumlah pejabat kecil.
Aku senyum. Dia tak dengar pula jeritan aku sedangkan Wan Habib dah tergelak.  “Wei, Simpoy!” aku jerit lagi kuat dari tadi. Sekarang Kak Wati dengan Kak Nor pula join Wan Habib gelak. Dan Simpoy masih angguk-angguk lagi. Nasib baik tak meleleh air liur.
“Rain, awak kena panggil nama penuh, baru dia bangun.” Komen Wan Habib. Amboi, nak kena panggil nama penuh! Si Wan Habib ni pula boleh bagi cadangan macam tu kat aku. Apa pasal dia sendiri tak kejutkan Simpoy? Dia duduk sebelah aje tu.
“Sim Poy Hiung!” aku turutkan jugak cadangan tak berapa bernas Wan Habib. Memang tak bernas sungguh! Simpoy tu tak bangun pun. Geramnya aku!
Kak Nor lancarkan roket pemadam getah dari meja dia ke arah Simpoy. Tepat mengena sasaran. Tapi nak tahu tak? Simpoy tetap tak bangun. Makin lena lagi mamat handsome bermata sepet tu sebab dia dah landing baik punya atas meja. Dah tak ada lagi scene angguk-angguk, geleng-geleng.
Kak Wati bangun dari kerusi dia lalu berdiri menyandar kat meja aku. “Dahlah tu. Biarlah Simpoy tidur. Bukan selalu dia dapat tidur dalam ofis. Dia nak buat kenangan terindah lah tu. Lepas ini dah tak boleh lagi dah.” Aduhai… kak Wati ini buat spoil mood aje. Baru nak gelak-gelak dia pula buat statement penuh kesedihan.
Kak Nor pandang aku. Aku pandang Wan Habib kat depan aku. Wan Habib pandang Kak Wati. Tanpa sedar semua mengeluh. Terdiam seketika tapi tiba-tiba dengar bunyi pelik. Simpoy berdengkur! Semua pakat gelak semula. Terima kasih, Simpoy! Budak sengal ini memang selalu buat kami semua kejang perut sebab gelakkan dia. Lepas ini mesti semua rindukan dia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pecah Kaca Pecah Simen,
Lepas Baca Harap Komen...