like

Sang Pemimpi

Isnin, 21 Januari 2013

Kamek Suka Kitak Bab 4



             Malam ini aku ada temu janji dengan Wan Habib. Jangan nak buat gossip pula. Bukan keluar berdua. Kita orang keluar dengan Simpoy sekali, okey. Konon-konon nak celebrate business online dia orang. Tak sangka pula kawan-kawan aku ni berminat dengan perniagaan online.
                “Business online ni lagi untung, tau. Tak payah nak fikir sewa ofis, bayar pekerja, pergi pejabat pagi-pagi. Lagipun sekarang memang trend orang buat business online. Lagi banyak prospek. Kalau dulu Kak Long buat macam ni, dia tak payah risau nak berhijrah ke mana pun. Business ini boleh dibawa ke mana jua anda berada.” Terang Wan Habib panjang lebar bila aku pertikaikan usaha dia orang. Aku lembab sikit bab-bab ICT ni. Yang aku tahu, facebook,google. Blog pun tarak. Aku buat e-mel semata-mata untuk buka akaun facebook. Betapa ceteknya ilmu information and communication technology yang aku ada.
                Aku dah bersiap lawa-lawa. Balik kerja petang tadi aku terus mandi dan solat maghrib. Aku memang sengaja tak makan sebab aku nak minta businessman belanja aku makan. Hehe… Aku tunggu Wan Habib di ruang tamu. Dia called aku tadi, bagitahu nak jemput aku di rumah. Naik kereta katanya. Alahai, dah beli kereta! Selama bekerja kat Untouch Printing tak pernah pula Wan Habib beli kereta walaupun aku tahu gaji dia agak lumayan.
                Aku terpegun melihat kereta Wan Habib. “Wow, Hyundai Sonata! Kereta idaman saya! Mana awak rompak kereta ni?!” aku terus terpekik mengagumi kereta itu. Dengan Wan Habib aku memang tak pernah control ayu. Aku tawaf Sonata berwarna hitam itu. Memang cantik. Selama ini aku cuma mampu memandang dari jauh sahaja kereta idamanku ini.
                “Cakap baik sikit. Tak mainlah rompak. Dah, cepat masuk. Mereka bertiga dah tunggu kita di The Spring.”
                “Tiga?” soalku. Yalah, tadi aku ingat Simpoy aje yang ikut kami.
                “Nor, Wati, Simpoy.” Jawab Wan hasbi agak geram lalu masuk ke dalam kereta. Aku membuka pintu di tempat duduk penumpang hadapan dengan berhati-hati. Kenalah hati-hati sebab ini baby kesayangan aku. Wan Habib ni nak mengorat aku ke sampai beli kereta idaman aku? Dia dah lama tahu aku suka Hyundai Sonata. Mulalah tu aku nak perasan.
                “Ini kereta awak ke?” aku masih tak puas hati. Antara sebab aku tak percaya ini kereta dia, aku tahu sangat harga kereta ini. Gaji Wan Hasbi tak mungkin cukup untuk bayar ansuran bulanannya. Setakat kereta tempatan bolehlah. Dia jual dadah ke?
                “Bukanlah. Saya manalah mampu. Ini kereta abang saya.” Wan Habib jawab tanpa pandang wajah aku. Jawab pun dengan suara tak ikhlas. Alah, tadi beria ajak aku keluar tapi aku borak dia tak nak layan pula.
                “Wan Hasbi?” soalku lagi.
                Wan Habib menoleh sesaat ke arahku. “Kenal ke?” Aku nak jawab apa? Nak kata kenal, aku tak pernah pun berkenalan dengan abang dia. Nak jawab tak kenal, aku baru aje sebut nama Wan Hasbi.
                “Eh, tak. Tak kenal.” Aku memang sengaja jawab tak kenal. Malaslah aku nak ceritakan bagaimana aku tahu abang dia bernama Wan Hasbi. Aku malu sebenarnya. Tengoklah, sekarang dia dan Simpoy di ambang kejayaan dalam perniagaan dalam talian mereka itu sedangkan aku masih berkuli lagi. Mana aku nak letak muka? Lagipun aku bukan selamanya nak kerja di Restoran Selera Kita jadi biarlah                Wan Habib terus tak tahu aku kerja di situ.
                “Tak payah awak nak sorok kalau kenal si Hasbi tu. Saya tak cemburu buta, Rain. Boyfriend awak ni sporting. Janganlah awak risau.”
                Geram betullah aku dengan Wan Habib ni! Merepek aje dia. “Eleh, boyfriend konon. Bila masa awak jadi boyfriend saya?”
                “Dah awak tergagap-gagap macam dah kantoi dengan boyfriend tu apa pasal? Saya fikir awak takut saya cemburu.” Jawab Wan Habib sambil gelakkan aku. Betul juga tu.
                Malas aku nak melayan. Baik aku diam aje. Aku kuatkan volume radio dalam kereta itu. Kebetulan lagu kegemaran aku, Sayang – Shae sedang berkumandang. Aku terus ikut menyanyi. Kalau bab melalak ni aku langsung tak malu dengan Wan Habib.
Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu
Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu

                “Ke awak minat dia dalam diam?” teka Wan Habib bila lagu tadi berakhir. Dia ni tak habis-habis nak usik aku. Adakah patut aku dikatanya minat kat abang dia? Agak-agaklah, Wan Habib. Abang dia yang gelap dan tak kacak tu dia kata aku minat? Kalau minat dia sendiri tak hairanlah. Wan Habib kan handsome dan sasa macam Arjun Rampal. Tapi tak pernah pula aku rasa ‘sesuatu’ terhadap Wan Habib. Aku ni wanita tulen ke?
Kerana geramkan Wan Habib, aku sepetkan mata merenung dia. Gaya nak menelan dia hidup-hidup. Dia tak takut pun. Makin kuat lagi dia gelakkan aku. Aku pukul lengan Wan Habib yang tengah memandu itu dengan purse aku. Benci tau!
                “Kalau awak nak, saya boleh tolong adjust. Nanti saya beritahu Abang Hasbi ada seorang gadis cantik minat dia. Awak nak nombor telefon dia tak?” usik dia lagi. Aku rasa nak cekik-cekik aje dia. Nasib baik dia jemput aku guna kereta idaman kalbuku ini. Maka disebabkan itu, Wan Habib terselamat malam ini. Aku kasi can sama Wan Habib.


                “Lambat.” Sepatah kata aluan daripada Simpoy apabila aku dan Wan Habib join dia orang kat food bazaar tu. Mengada-ngada pula apek ni. Janji tadi pukul lapan. Sekarang baru lambat 15 minit dah tarik muka.
                “Sorry. Cari parking. Berapa kali pusing kat basement tadi baru jumpa.” Jawab Wan Habib menerangkan alasan kami lambat. Sungguh bersopan pula dia malam ini. Mungkin sebab guna kereta abang dia, jadi dia pun kena tempias aura Wan Hasbi. Erk, aura? Apa pasal tetiba aku termengaku Wan Hasbi ada aura?
                “Merajuk konon. Merajuk pada yang sayang, tau. Awak merajuk pada Habib ke Sim? Sweetnya…” aku sengaja mengusik. Siapa suruh dia buat muka comel begitu? Siap muncung-muncungkan mulut lagi. Tak sesuai, okey.
                Simpoy tunjuk penumbuk ke arah aku. Aku makin geli hati. Siap gelak jahat lagi. Kah, kah, kah… Wan Habib berdecit. Serta-merta aku berhenti ketawa. “Dah salah, buat cara salah. Kita memang lambat. Just say sorry. Tak payahlah awak nak tambah geram Simpoy tu.”
                “Korang couple ke?” Tanya Kak Wati tiba-tiba. Sambil mata dia gilir-gilir pandang muka aku dengan Wan Habib. Ada rupa couple ke kami ni? Aku tengok muka Wan Habib dah blur. Jawab ajelah. Nak blur kenapa?
                “Mana ada couple. Kawan ajelah. Tak ada ciri-ciri pasangan kekasih langsung kami ni.” Jawapan aku itu mewakili Wan Habib sekali. Dia diam aje. Mengaku tidak, menafikan pun tidak.
                “Tu… baju korang tu. Bukan setakat colour sedondon. Janji ke? Beli sama-sama, ek?” ini pula ulasan daripada Kak Nor. Setakat baju serupa, apa barang…
                “Tak janji, kak. Dah jodoh agaknya.” Boleh pula si Wan Habib jawab begitu? Aku karate karang!
                Aku ingat lagi saat-saat yang tak berapa indah kami beli baju ini. Semasa Regatta Kuching bulan September lepas, kami keluar jalan-jalan bersama. Terjumpa t-shirt angry bird ni dekat salah satu booth kat situ. Kami berdua memang gila game angry bird. Kebetulan ada dua pasang t-shirt yang sama design dan warna. Jadi kami belilah sama-sama. Bayar masing-masing lagi. Tak ada maknanya Wan Habib nak belikan untuk aku. Tak terfikir pula kami boleh pakai sekali malam ini.
                “Sama-sama minat biru, sama-sama minat angry bird, sama-sama minat baca novel…hrrmm..memang ada jodoh.” Kata Kak Wati. Pendapat dia aje tu. Tak salah kalau minat benda yang sama,kan?
                “Lepas itu keluar sama-sama, beli baju sepasang. Takkan masih nak sorokkan hubungan korang?” Kak Nor terus menambah perisa. Bila masuk isu ini dalam perbualan, memang aku malas. Tapi disebabkan kami dah lama tak jumpa, aku layankan aje. Nanti dia orang kata aku tak sporting pula.
                “Makanlah, wei. Saya lapar.” Rengekku sengaja nak tukar topik segera. Kalau dilayan lama-lama nanti harus aku terbakar akibat gossip hangat mereka. Actually, aku dah biasa sangat dengan usikan begini. Konon-kononnya aku dengan Wan Habib bercinta. Usikan yang langsung tak berbekas di hati. Kalau tak, dah lama aku couple dengan dia.
                “Okey, order cepat.” Simpoy beri arahan. Macam bagus aje. Dia belanja ke?
                “Tauke besar belanja!” jerit aku tanpa menghiraukan orang ramai dalam food bazaar tu. Ada aku kesah? Kat food bazaar The Spring ni mengamalkan sistem layan diri. Nak makan, sendiri kena pergi ke gerai yang diingini. Lepas tu bawa sendiri makanan yang dah dipesan ke meja.
                “Bayar sendirilah. Kawan baru nak buka bisnes dah kena pow. Bila nak maju?” gerutu Simpoy. Aku tahu dia masih tak puas hati lagi kat aku. Selalunya dia tak berkira nak belanja aku makan.
                “Dah. Tak payah gaduh. Saya belanja semua. Nak makan apa?” soal Wan Habib. Ini baru gentleman!
                Hampir serentak, aku, Kak Wati dan Kak Nor jawab, “Nasi Arab kari kambing!” kemudian semua gelak. Sama aje selera tiap kali datang ke sini. Eh, mamat mata sepet tu makan apa?
                “Wa mau yong tau foo ma…” okey, selera dia memang lain.
ini nasi arab kari kambing (arab rice with lamb curry)


                Terdengar bunyi angry bird sedang menyerang! Itu bunyi notification untuk mesej di handphone aku. Aku tengah makan jarang nak layan benda-benda macam ini tapi bila aku nampak nama Ulfy Zahari, terus aku buka mesej tersebut.
Ulfy Zahari : Sy kena pergi kursus sampai bln 4
                Oh, ini jawapan untuk soalan aku petang tadi. Aku tanya dia datang tak masa Pesta Buku 1Malaysia hujung bulan nanti. Aku kecewa juga dia tak datang. Walaupun aku sendiri tak pergi (jauh sangat..tiket kapal terbang lagi..huhu..) tapi aku dah suruh kawan aku di KL tu tolong aku dapatkan autograph dia.
Aku : bln 4? So pbakl mesti ada kan???kan novel baru dah publish…
                Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 ni aku harap sangat dia ada. Aku dah plan baik punya nak pergi KL bulan April nanti. Lama juga aku tunggu balasan dia. Sambil itu, aku sambung makan nasi Arab kari kambing aku. Dah kurang selera sebab aku frust.
Ulfy Zahari : Tak tau lagi.
Aku : alahai, baru nak suruh sign novel baru tu… L
                Aku punyalah berkobar-kobar nak jumpa novelis yang aku minat, dia tak tahu pula. Dalam senyuman, hatiku menangis di dalam. Wadehh… senyuman sebab aku mesej dengan novelis,weiii…bangga tak? Dan menangis pula sebab aku sedar dia layan aku as one of his fans aje.
                “Kita karaoke ke nak tengok wayang lepas ni?”
                “Karaoke!” mereka jawab serentak untuk soalan yang diajukan oleh Simpoy tadi. Dan aku hanyut dalam dunia aku. Masih berharap Ulfy Zahari akan faham detak hatiku padanya.




                Sejuk. Tangan aku menggagau mencari butang penghawa dingin dalam kereta itu. Dah jumpa, aircond aku offkan. Malas aku nak pandang muka Wan Habib yang tengah memandu, jadi aku palingkan mukaku ke luar. Melihat pemandangan di tengah bandar Kuching. Dia pun diam aje sejak tadi. Mungkin dia tahu aku tengah merajuk dengannya.
                Kami dalam perjalanan menuju ke rumah aku setelah penat ‘menyumbangkan’ suara. Datang tadi dengan Wan Habib, jadi walaupun aku sedang merajuk, aku kenalah balik dengan dia juga. Bapak aku dah amanahkan masa nak keluar tadi.
                Sebentar tadi, semasa berkaraoke, Wan Habib sakat aku. Itu yang aku merajuk. Kisahnya begini:
                Aku yang tengah tiada mood nak menyanyi, dipaksa-paksa untuk menyanyi juga. Jadi aku pilihlah lagu tangkap leleh sikit, sesuai dengan jiwa kacau aku. Lagu Dalam Diam Kumencintaimu – Stings.
Tengah syok menyanyi (walau tak syok mana sebenarnya), Wan Habib bisik kat aku, “Lagu ini tuju pada Abang Hasbi ke? Nanti saya tolong sampaikan,ye.”
                Aku terus letak microphone atas meja lalu duduk di sudut bilik karaoke Kbox tu. Aku sedang bad mood lagi dia kacau macam itu, tambahlah sendu jiwa aku jadinya. Sampai habis masa karaoke tu aku berdiam diri. Kak Wati dan Kak Nor pun takut nak tegur aku. Hanya Simpoy aje, yang mulut tak ada insurans tu berani nak komen.
                “Gaduh laki bini, biasalah.”


                “Masih marah lagi?” suara Wan Habib memecah kesunyian. “Tak rock lah merajuk lama-lama macam ni. Selalu okey aje saya kacau awak. Datang bulan, ek?”
                Sempat lagi tu nak kata aku datang bulan! “Memang mood tak baik malam ni.” Jawabku ringkas. Kalau aku tak jawab, ada kemungkinan aku akan ditinggalnya di tepi jalan aje nanti.
                “Kenapa tiba-tiba tak ada mood ni? Tadi elok aje.” Bukan main risau lagi nada suara Wan Habib. Aku bad mood ajelah.
                “Frust.”
                “Siapa yang buat awak frust?” Wan Habib soal lagi. Aku tak yakin dia betul-betul risaukan aku atau niat dia sekadar nak tahu sebab dia tak serius. Muka tahan ketawa dalam hati tu aku kenal sangat!
                “Ulfy Zahari.”
                Perjalanan kami menuju ke rumahku selepas itu hanya ditemani nyanyian dari radio. Sampai aje depan rumah, aku terus turun dari kereta. Wan Habib temankan aku sampai di muka pintu.
                “Rain, kalau awak anggap saya kawan awak, dengar nasihat saya ni. Berhentilah angankan si Ulfy Zahari tu. Saya faham perasaan awak tapi cukuplah sekadar jadi peminat dia aje. Saya takut awak keliru, awak bukan suka Ulfy Zahari tapi suka pada watak-watak yang dia cipta dalam novel. Saya tak mahu awak kecewa, Rain.”
                Air mata aku menitis perlahan. ‘Maafkan saya, Habib. Saya anggap awak kawan tapi saya tak mampu buang perasaan saya pada Ulfy Zahari.’ Aku pandang Sonata yang dipandu Wan Habib berlalu dari kawasan rumah aku dengan sayu. Wan Habib sangat baik rupanya!
               

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pecah Kaca Pecah Simen,
Lepas Baca Harap Komen...