like

Sang Pemimpi

Isnin, 21 Januari 2013

Restoran Selera Kita Bab 2


               “Rain.”
                Acara gelak-gelak sebentar tadi terhenti terus. Semua menoleh ke arah bilik Kak Long sedangkan hanya nama aku yang diseru. Bilik Kak Long itu sebenarnya tak ada  rupa bilik bos pun. Bilik dia yang aku maksudkan itu cuma ada partition aje. Tak ada pintu yang memisahkan ruang dia dengan kakitangan. Memang humble sangatlah bos aku ini.

                “Ya, Kak Long.” Aku jawab sambil melangkah mendekati meja dia. Kak Long tersenyum manis memandang aku.
                “Tolong beli nasi ayam kat bawah. Beli untuk semua sekali, ya. Ini wangnya.” Wah, bos belanja makan hari ini. Terbaik punya bos!
                “Baik, bos.” Alamak, aku tersasul! Ingat nak sebut dalam hati aje word ‘bos’ itu tadi.
                Kak Long tersengih lagi. Tak marah pun. Agaknya sebab dia dah kenal sangat perangai senget aku. “Selama ini tak pernah pun panggil Kak Long bos. Mimpi apa?” suara serak-serak basah Kak Long aku baru perasan. Sejak bila suara dia serak? Aku pandang wajah kak Long. Matanya merah. Sah, baru lepas menangis!
                “Tak pernah panggil macam tu sebab tu lah nak panggil bos mulai hari ini. Takut kempunan.” Jawabku selamba. Aku kalau pasal mengarut ini boleh dapat anugerah. Ada aje idea aku.
                “Macam-macamlah kau ni, Rain. Pening Kak Long nak layan. Dah, pergi cepat. Nanti penuh pulak restoran kat bawah tu.” Kak Long arahkan aku sambil geleng-geleng kepala. Jangankan Kak Long, mak dengan bapak aku pun tak terlayan perangai aku ni.
Baru aku nak melangkah keluar dari pejabat Kak Long, dia panggil aku lagi. “Kejutkan Simpoy sekali. Kak Long nak kita makan ramai-ramai.” Aduhai, sedihnya hati aku masa Kak Long cakap macam itu. Mesti Kak Long lagi susah nak tinggalkan UP (Untouch Printing) sebab ini syarikat yang dia bina sendiri. Kakiku melangkah lemah menuruni tangga. Tanpa sedar pandangan aku mulai kabur kerana mataku ditabiri air mata. Aku menangis di tangga.

               
                Selesai solat Isyak tadi, lama betul aku duduk atas sejadah. Aku berdoa untuk kesejahteraan family aku dan Kak Long juga. Aku sedih sangat nak tinggalkan Untouch Printing. Agaknya, kalau Kak Long tak berhijrah ikut suami dia ke semenanjung mesti aku masih lagi kerja kat situ. Aku dah rasa dekat sangat dengan semua yang ada di Untouch Printing. Dah rasa macam keluarga sendiri.
                Sekarang dah hampir tengah malam. Aku masih online lagi. Tengah chatting kat Facebook dengan Kak Long yang dah berada nun jauh di sana. Kat kampung suami dia di Sungkai, Perak. Aku rindu Kak Long!
Sim Poy Sempoi
Nor Feeza Ayub, Watie Gadis Sendu, Nourish Rain, One Habib…korang tengok vc ni…yang aku present masa kita farewell hari tu..boleh lah korang download…
                                               

               
Rupanya Simpoy dah upload kat youtube video yang memuatkan gambar-gambar kami sepanjang bersama di Untouch Printing. VC ni dia dah tunjukkan masa kami buat majlis farewell tak rasmi kami pada last day di ofis tiga hari lepas. Dengan background lagu Semua Tentang Kita, VC ini buat aku menitiskan air mata. Rasa tak sanggup pula nak berpisah dengan mereka semua. Apa boleh buat,kan…
Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa
Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita
                Perpisahan memang menyakitkan. Aku mengadu kat Kak Nor, aku tak nak berhenti dari bekerja di Untouch Printing. Kak Nor nasihatkan aku; “Semua benda kat dunia ini tak ada yang kekal. Walau kita sayang macam mana sekalipun. Tak usahlah sedih sangat. Yang penting ingatan kita pada tempat ini. Kalau suatu hari kita lupakan Untouch Printing, atau insan-insan yang berkongsi suka dan duka kita di sini pun Kak Nor tak hairan. Sebab yang kekal abadi hanya ALLAH.”
                Masa tu aku hanya mampu mengangguk kelesuan. Yang paling menyedihkan aku, lepas ini kami terpaksa struggle nak cari kerja lain pula. Nasib baik masing-masing masih muda belia jadi senang sikit nak mohon pekerjaan. Tambah-tambah lagi Simpoy dan Wan Habib ada kemahiran dan pengalaman dalam graphic design.
                Aku pun sekarang tengah fikir nak cari kerja kat mana. Belum mula lagi langkah memulakan hidup baru aku. Aku masih tinggal di rumah family lagi jadi tak ada masalah sangat kalau tak bekerja buat sementara waktu. Tapi aku tetap harus cari kerja juga. Boring sungguh hidup menganggur. Aku tak pernah pun rasa menganggur sebelum ini sebab habis sekolah aku terus dapat kerja. Duduk di rumah, makan-tidur-baca novel-facebook…itulah aktiviti seharian aku semenjak menganggur.
                Susah-susah sangat, aku kerja aje lah dekat restoran bawah ofis lama aku itu. Hari tu masa aku tapau nasi ayam yang Kak Long pesan, tauke restoran itu cakap nak cari pekerja. Pelanggan dia dah bertambah sebab ada pejabat government yang baru dibuka kat kawasan itu. Lagipun aku tengok keadaan restoran itu memang perlukan pelayan yang ramai. Penuh memanjang. Agak-agak kalau aku try kerja kat situ, mak aku benarkan tak?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pecah Kaca Pecah Simen,
Lepas Baca Harap Komen...